Kehidupan

Dahulunya morula,
Selama 0.43 minggu,
Menjadi bebola 100 sel,
Atau dikenali sebagai blastosista,
Melekat pada endometrium ibu,
Itu perkara biasa.

Selepas 8 minggu,
Aku menjadi embrio,
Iaitu kelompok sel yang tebal,
Pengalaman yang cukup indah,
Namun benak tidak dapat mngingatinya,
Hipotalamus tidak dapat mentafsir,
Mengapa?

Mengapa begitu pelupa?
Manusia memang begitu,
Pengorbanan ayah dilupa,
Apa lagi si ibu,
Hidup mahu senang,
Itu aku gambarkan,
"Biarlah miskin, asal bergaya"
Itu bangsa ku,
Mengapa?
Mengapa berlaku?
Kerana takut dilabel MISKIN,
Itu bangsa ku.

Selama hampir 9 bulan,
Ditemani plasenta,
Yang tidak jemu menjadi tapak pertukaran bahan,
Antara aku dan ibu,
Demi memastikan aku cukup sihat,
Untuk apa?
Supaya aku mampu melihat dunia,
Supaya aku mmpu mmbahagiakan kedua orang tua
Supaya aku dpt mngubah masa depan agama, negara, bangsa,
Siapa tahu?
Akhirnya,

22.09.2001
Tarikh yg cukup bermakna,
Aku yakin,
Ibubapa ku bahagia,
Ibubapa ku gembira,
Dan yg pastinya,
Ibu perjuang berhabis-habisan,
Bertarung nyawa.

Dan pada 0605hrs,
Aku lahir.
Merasai keasyikan gas oksigen.
Tapi aku pasti O2 bukan sendirian,
Dirinya seperti ku,
Memerlukan teman,
O tidak mungkin hadir,
Tapi O2 sentiasa ada.
Walaupun bukan dalam kuantiti yg banyak.
Aku faham,
Agar peparuku tidak terbakar,
Syukur,
Ada hikmahnya.

Dahulunya fetus,
Berada dlm amnion,
Kini bergelar bayi.
Mungkin tidak mudah bagiku
Untuk berubah fasa.
Begitu juga ibuku,
Dahulunya berlima,
Bersama putera,
Kini berenam,
Hanya dua puteri,
Tentu  'janggal'.

Tiap malam bangun,
Tidur tak lena,
Kadang makanan tak habis,
Kerana aku merengek,
Meminta makanan juga,
Tapi ibu tetap tidak mengeluh,
Itulah ibuku.
Kenapa ibuku sanggup berkorban?
Kenapa?
Kerana mahu melihatku mmbesar,
Kerana mahu melihatku bahagia,
Kerana juga ibu mahu aku menjadi seorang yg berpendidikan,
Itulah ibuku.

Dahulunya hanya menikmati o2, melalui placenta,
Kini aku terima o2 secara langsung,
Melalui trakea,
Aku bersyukur,
Dpt merasai nikmat Allah,
Yg begitu banyak,
Tidak terkira,
Alhamdulillah.

Dari fetus hinggala hari ini,
Ibubapa ku mmbelanjakan duit,
Mungkin seribu,
Mngkin sejuta,
Mngkin berbillion2,
Utk apa?

Supaya aku dapat hidup dgn baik,
Supaya keperluan ku terjamin,
Supaya aku dapat menikmati
Keenakan makanan bayi,
Yg harganya berpuluh2 ringgit,
Walaupun si ibu sengsara mencari duit,
Walaupun si bapa menanggung beban mencari nafkah,
Tapi aku pasti,
Aku akan membalasnya,
Mungkin tidak sama sepeti pengorbanan mereka,
Tapi cukuplah dapat membahagiakan,
walaupun hanya sedikit.

Dikelilingi homosapiens yg baik,
Homosapiens yg tidak leka menjagaku,
Homosapiens yang tidak pernah berkira menjagaku,
Mungkin disangka mereka tidak penting,
Namun mereka bagaikan mutiara,
Cukup besar maknanya bagiku,
Cukup besar nilainya bagiku.

Along seorang yang berani,
Tegas,
Pandai bersukan,
Tapi kenapa aku tidak,
Aku penakut,
Sukar membuat pilihan,
Malah seorang kaki bangku,
Kenapa?
Kerana tiada manusia sempurna.

Putera kedua dalam keluarga,
Seorang yang bijak,
Terutama soal kira-kira,
Pandai jaga diri,
Walau jauh dari ibu,
Tapi kenapa aku tidak?
Aku lemah,
Tidak mampu berbuat apa-apa sendirian,
Syukur Allah kurniakan seorang ibu,
Kenapa aku bgitu?
Kerana tiada manusia sempurna.

Putera ketiga,
Perwatakannya sama seperti along,
Tegas, berani,
Pandai bersukan,
Tapi kenapa aku tidak begitu?
Kerana tiada manusia sempurna.

Janji pada ibubapa,
Tidak akan aku lupa jasamu,
Andai dpt ku gapai citacita,
Akan ku bahagiakan mu,
Akan ku bayar segala pengorbananmu,
Akan ku ubah nasib keluarga,
Akan ku pastikan dirimu terpelihara,
Itu janji ku,
Harap tidak menjadi omongan kosong,
Harap tidak mnjadi 'angin'
Harap dpt ku capai,

Buat ibu,
Pengorbananmu akan berbaloi,
Ibu akan bahagia,
Ibu akan bangga,
Ibu akan gembira,
Itu janjiku,
Akan ku pastikan dirimu hidup tanpa masalah,
Biarlah aku tanggung segala duka,
Asal kau tersenyum,
Janji seorang anak.

Sahabat,
Cukup indah ada teman,
Walaupun agak 'nyebelin,
Namun aku bersyukur,
Kerana apa?
Allah masih mmberiku peluang,
Untuk mengeratkan silaturahim,
Untuk merasai perasaan kasih sayang,
Yang tiada bandingnya.

Aku bersyukur Allah berikan nikmat,
Islam dan iman,
Walaupun iman tidaklah setinggi gunung,
Namun masih mampu membezakan baik dan buruk,
Walaupun kadang leka,
Cepat-cepat ku meningatiNYA.

Tapi aku pelik,
Mengapa?
Duit boleh mnyebabkan pergaduhan?
Bukan asing lagi masalah ini,
Meski mewarisi DNA ibubapa,
Tapi masih sanggup berbunuhan,
Mengapa?

Manusia sekarang sudah hilang belas kasihan,
Duit boleh dicari,
Nyawa tidak,
Duit boleh dicari,
Silaturahim tidak,
Namun marhaen leka dgn duniawi,
Mungkin duniawi penting bagi mereka,
Dan akhirat tidak penting,
Tapi mereka salah,
Sama sepertiku,
Bukan apa,
Duniawi dilebihkan akhirat tidak,
Allahuakbar,
Moga bangsa ku terus terpelihara.

Maafkan pendosa ini,
Jika segala tingkah laku membuatkan marhaen terasa,
Kerana apa?
Tiada manusia sempurna.

Maafkan pendosa ini,
Jika segala tutur kata menjadi luka di hati kalian,
Cuma mahu bergurau,
Mungkin lain maknanya,
Tiada kudrat menanggung dosa kelak.

Maafkan pendosa ini,
Sang pencipta,
Kadang aku leka,
Kadang aku lalai,
Namun aku bersyukur,
Kau masih beriku peluang,
Peluang apa?
Peluang untuk berubah,
Tidaklah menjadi seperti mukmin,
Tapi seorang muslim yang lebih baik.

Kini,
aku bukan fetus lagi,
Aku anak watan,
Yg berusia genap 17,
Aku harus sedar,
Besar sungguh nikmatmu
Tiada daya ku menghitungnya,
Doakan diri ini berjaya dunia&akhirat,
Doaku terhadap kalian tetap ada,
Semoga kita berbahagia,
Dunia & akhirat.


Aku mahu menjadi seperti ibnu sina,
Menguasai ilmu perubatan seawal 16tahun,
Pada waktu itu aku baru berjinak2,
Merangkak belajar biology,
Chemistry,

Aku mahu menjadi seperti imam ahmad,
Menghabiskan 1/2 hidupnya utk menuntut ilmu,
Kurang makan,
Kurang minum,
Kuat beribadat,
'Makan utk hidup',
Itu orang kata
Khatam Al quran setiap minggu,
Namun aku,
Mungkin hidupku hnya utk makan,
Hnya utk lalai,
Kurang beribadat,
Khatam instagram tiap hari,
Hidupku sdh dipenuhi dgn fitnah dajjal,
Tnpa disedari.

Andai diberi masa lagi,
Aku ingin melaksanakan
Tanggungjawabku,
Sebagai seorang anak,
Sebagai seorang kakak,
Sebagai seorang aunty,
Sebagai seorang adik,
Sebagai seorang muslim.

Andai diberi masa lagi,
Inginku kejar impianku,
Membahagiakan ibubapa,
Berbakti pada agama,

15.3.2019,
1A+4A3B+1B,
Adakah aku mengecewakan mereka?
Adakah aku terlalu selesa selama ini?
Adakah aku lalai dengan nikmatNya?
Adakah aku leka dengan segalanya?

Mungkin ya,
Allah menegur,
Untuk masa hadapan,
Untuk berubah jadi lebih baik,
Untuk syurgaNya kelak.

Namun semua ini tidak mudah,
Untuk menerima kebenaran,
Untuk menerima kenyataan,
Bukan menolak kehendakNya,
Cuma terkejut dengan situasi ini.

Cita2 sebagai ahli fatologi,
Mungkin aku harus lupakannya,
Bukan putus asa,
Namun tiada jalannya,
Semua perlukan duit.

Andai punya duit,
Mungkin Dr aleya jadi kenyataan,
Bukan takdirku,
Hanya mampu merancang,
Allah yg menentukannya.

Tiada Dr aleya,
Tiada lagi angan2 doktor,
Mungkin ini yg terbaik,
Mungkin ini yg tertulis,
Redha.

Antara cita2 dan keluarga,
Aku memilih keluarga,
Mungkin ini cara aku membalas jasa mereka,
sudah tertulis.

Cita-cita,
Bukan tidak mengejar,
Tapi keluarga lebih penting,
Andai aku mampu lakukannya,
Tanpa perlu duit,
Mungkin akan berjaya.

Tapi aku percaya,
Doa keluarga,
Restu keluarga,
Lebih penting,
InsyaAllah berjaya dunia&akhirat.
😊

17.6.2019
Tarikh yg bakal mengubah hidupku,
Guru,
Tidak pernah terfikir,
Tidak pernah terlintas,
Dalam benak sanubari.

Andai ini sudah tertulis,
Andai ini takdirku,
Andai ini boleh mengubah kehidupan,
Aku reda.

22.11.2019
Berakhirlah semester satu,
menuju kejayaan sebagai bakal pendidik,
langkah untuk mengenggam segulung ijazah,
penuh suka dan duka,
bukan mudah untuk sampai ke garisan penamat,

Tapi,
Akan aku cuba,
cuba hingga menjadi,
demi diri sendiri,
demi ibu bapa,
demi keluarga,
demi semua.





Comments